Siapa yang tidak inginkan kebahagiaan. Sebahagiaan kita menghabiskan masa berusaha untuk mencari kebahagiaan. Sebahagiaannya berjaya tetapi sebahagiannya pulang dengan kehampaan. Tetapi apa sebenarnya erti sebuah kebahagiaan? Adakah dengan harta yang banyak? Isteri yang cantik baru hendak rasa bahagia? Kereta mewah dan jam tangan yang mahal serta pengikut yang ramai itu dikatakan bahagia? Ibnu Qayyim rahimahullah … Continue reading Hakikat Sebuah Kebahagiaan
Author: hanifabdmajid
Yakinlah Dia Bersama Kita
Hampir 3 bulan, rakyat Malaysia amnya terkurung di rumah atau terhad perjalanan mereka kerana Covid-19. Ada yang terpaksa berkerja dalam situasi yang mengancam nyawa. Ada yang terpaksa meninggalkan anak dan isteri demi menunaikan amanah dan tanggungjawab terhadap rakyat. Ada pula sebahagian yang terpaksa berpisah dengan anak dan isteri kerana dipisahkan oleh sempadan yang tertutup rapat. … Continue reading Yakinlah Dia Bersama Kita
Ilmu Memuliakan Manusia.
Dalam sebuah kisah yang masyhur, satu ketika dimana Atha' bin Sa'id A' Kufi telah bertemu dengan Khalifah Hisyam bin Abdul Malik (Khalifah Bani Umayyah). Khalifah bertanya kepada Atha'; "Wahai Atha', adakah engkau tahu tentang para ulama di seluruh negeri?". "Saya tahu, wahai Amirul Mukminin." jawab Atha'. "Siapa pula faqih penduduk Madinah?" tanya Hisyam, "Nafi', hamba kepada Ibnu Umar." jawab … Continue reading Ilmu Memuliakan Manusia.
Jangan Berhenti Menulis
Antara perkara yang selalu saya buat adalah menulis. Kadang-kadang bukan untuk dibukukan atau untuk tatapan orang lain, hanya sekadar gemar dan suka menyalin semula apa yang dibaca atau didengar. Inilah tabiat yang sukar sekali dibuang. Pernah pada suatu hari, sahabat saya bertanya, "Engkau menulis untuk apa? Kalau letak di blog atau facebook pun belum tentu … Continue reading Jangan Berhenti Menulis
Keliru Dengan Lafaz Istighfar
Setiap anak adam melakukan kesalahan, dan sebaik-baik manusia adalah mereka yang mengakui kesalahannya dan bersegera untuk bertaubat dan memohon keampunan dari Allah SWT. Sabda Nabi s.a.w: كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ “Semua anak Adam pernah melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah yang segera bertaubat.” (hadits riwayat Ibn Majah) Cuma baru-baru … Continue reading Keliru Dengan Lafaz Istighfar
Perlumbaan Paling Menguntungkan
Hari ini kita dapat melihat bagaimana manusia sentiasa berlumba-lumba dalam kehidupan mereka. Manusia berlumba-lumba untuk mencari kekayaan bagi menampung kehendak yang tidak pernah bertepian. Wanita berlumba-lumba untuk mempertonjolkan kecantikan diri, para lelaki berlumba-lumba untuk menarik perhatian wanita agar jatuh cinta kepada mereka dengan pelbagai cara. Anak-anak berlumba-lumba untuk mendapat perhatian dari ibu dan bapa. Ibu … Continue reading Perlumbaan Paling Menguntungkan
Pilihlah Doa Yang Terbaik
Setiap hari kita berdoa kepada Allah Azza wa Jalla menadah tangan meminta kepada-Nya. Bermacam-macam permintaan kita panjatkan kepada Allah dengan penuh pengharapan bahawa setiap doa kita itu diperkenankan oleh Allah. Namun begitu, doa yang mana perlu kita pilih? Kerana doa ini ada kepelbagaiannya. Banyak sekali buku-buku yang dikarang mengandungi doa-doa yang menarik untuk dibaca dan … Continue reading Pilihlah Doa Yang Terbaik
Malaikat Sebagai Saksi Solat Kita
Antara perkara yang yang sukar bagi ibu bapa adalah memperhatikan solat anak-anak. Tambahan bila anak-anak sudah semakin membesar. Waktu saya kecil-kecil dulu ayah selalu panggil saya 'Lebai Tekoh'. Perkataan 'tekoh' kalau hendak diterjemah sukar untuk dapatkan perkataan yang tepat. Mungkin boleh digunakan perkataan 'kalau' atau 'kadang-kadang'. "Tekoh rajin dia sembahyang, tekoh malas dia tinggai". Antara … Continue reading Malaikat Sebagai Saksi Solat Kita
Ajar Anak-Anak berdoa
Biasanya apabila tidak dibelenggu dengan kesibukan urusan kerja atau kuliah, saya akan cuba untuk mengadakan masa solat berjemaah dengan keluarga. Sekurang-kurangnya dapat juga perhatikan bagaimana mereka solat, betulkah solat mereka? Jika ada yang terkurang inilah masanya untuk memberikan teguran dan nasihat. Biasanya selepas solat kami akan berzikir dan berdoa bersama-sama. Saya akan berzikir dan berdoa … Continue reading Ajar Anak-Anak berdoa
MENJADI “AHLI ALLAH”
Kebiasaannya jika saya tidak singgah di kedai kopi Abang Li di hadapan sekolah Hutan Kampung, saya akan singgah di mana-mana kedai kopi sekitar laluan saya menghantar anak ke sekolah. Biasanya sekitar jalan PKNK atau Pantai Johor (walaupun ada perkataan Johor, tetapi bukan di negeri Johor sebaliknya di Alor Setar, Kedah). Sedang duduk bersarapan roti canai … Continue reading MENJADI “AHLI ALLAH”