JADILAH SEBAIK-BAIK MANUSIA

Semalam berkesempatan menziarahi sahabat yang kurang sihat di rumahnya. Acara asalnya kami bercadang berkumpul di gerai berdekatan masjid selepas solat Asar.

Qadarullah, beliau tidak dapat bersama-sama jadi saya bersama ustaz Husnin mengambil keputusan untuk menziarahi beliau.

Semasa ziarah pelbagai topik dibicarakan, tentang aqidah, dakwah, bahana terjebak dengan teori konspirasi dan lain-lain, termasuklah amalan seharian yang susah untuk istiqamah. Seronok bersembang ditambah pula dengan hujan lebat yang mencurah-curah di luar membawa rahmat Allah turun bersamanya.

Kita semua pendosa, sebagai manusia biasa kita tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan kecil mahupun besar. Dan dosa yang terpalit seringkali menjadi tembok pembatas menghalang kita dari istiqamah melaksanakan kebaikan.

Lalu bagaimana?

Maka perbanyakkanlah istighfar dan bertaubat kepada-Nya seperti mana Rasulullah s.a.w memperbanyakkan istighfar dan taubat 70 hingga 100 kali sehari. Sabda baginda:

وَاللَّهِ إِنِّي لأَسْتَغفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي الْيَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةٍ

“Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.” (hadits riwayat al-Bukhari)

dan Sabda Nabi s.a.w:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ تُوبُوا إِلَى اللَّهِ فَإِنِّي أَتُوبُ فِي الْيَوْمِ إِلَيْهِ مِائَةَ مَرَّةٍ.

“Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali.” (hadits riwayat Muslim)

Jadi, lepaskanlah diri kita dari belenggu kesalahan yang menjadi penghadang kepada kebaikan dengan memperbanyakkan istighfar dan taubat kepada-Nya… Inilah amalan sebaik-baik manusia seperti sabda Rasulullah s.a.w:

كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

“Semua anak Adam pernah melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah yang segera bertaubat.” (hadits riwayat Ibn Majah)

Dah istighfar hari ni? Usah tangguh, jom sama-sama mulakan.


Hanif Majid
29.11.20

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s