Keresahan / Anxiety: Awasi Keadaan Psikologi Anak-Anak Sepanjang Pandemik Covid-19 [2]

Sebagai manusia biasa kadangkala kita akan merasa resah dan gelisah. Itu gejala normal kerana sebagai manusia tidak sepanjang masa kita akan berada dalam tahap yang baik ceria dan gembira. Tetapi perasaan bimbang, tegang dan panik yang berterusan boleh mengganggu kehidupan seharian. Apabila kehidupan seharian terganggu, kegelisahan yang melampau makan ia perlu dirawat.

Ada bermacam-macam jenis keresahan yang perlu diawasi:

  1. Generalized Anxiety Disorder (GAD) – Ia berlaku secara berterusan sehingga menggangu aktiviti kehidupan seharian.
  2. Obsessive-compulsive Disorder (OCD) – Terlalu banyak berfikir perkara yagn tidak perlu, ketakutan, dan obses yang melampau membawa kepada tingkah laku berulang dan paksaan.
  3. Panic Disorder – Boleh dikenalipasti dengan keadaan serangan ketakutan, panik yang melampau dan berterusan.
  4. Post-traumatic Stress Disorder (PTSD) – Tercetus akibat daripada mengalami atau menyaksikan peristiwa yang menakutkan.
  5. Social Anxiety Disorder (SAD) – Ganggunan yang melibatkan kegelisahan, ketakutan, rasa malu ayng tidak rasional dalam interaksi seharian.

Tanda-Tanda

Gejala-gejalan ini selalu disalah anggap sebagai tekanan hidup seharian, atau hanya kerana seseorang itu bimbang secara berlebihan. Sebenarnya ia bergantung kepada tubuh badan seseorang itu bertindak balas terhadap peningkatan kadar bahan kimia tertentu, serangan panik mungkin disalah anggap sebagai penyakit fizikal, seperti serangan jantung atau sakit kepala akibat tekanan. Apa pun gejalanya berbeza diantara seorang dengan seorang yang lain.

Gejala gangguan merangkumi perkara berikut:

  1. Tekanan Perasaan dan kerisauan melampau
  2. Sesak nafas
  3. Kerengsaan
  4. Degupan jantung tidak teratur
  5. Hilang fokus
  6. Kesakitan dan ketegangan otot
  7. Ketakutan melampau
  8. Sakit kepala
  9. Berpeluh dan pening
  10. Seringkali sakit perut dan mengalami cirit birit

Sebenarnya sukar untuk memahami dan mengenalpasti punca sebenar gangguan-gangguan ini secara tepat. Ada kemungkinan kerana kombinasi genetik seseorang, tindak balas kima pada otak yang berlaku secara semula jadi atau akibat daripada pengalaman dan tekanan hidup.

Kenali tanda-tandanya agar cepat bertindak.

Apa juga simptom yagn berlaku bukanlah menjadi petunjuk secara total bahawa seseorang itu mengalami masalah mental. Tetapi sekiranya perasaan tersebut berlanjutan atau berlakunya tindakan obsesif atau perasaan takut yang melampau-lampau maka inilah masanya untuk kita mengambil tindakan segera.

Apa yang harus anda lakukan?

Ingat! Rakan anda mungkin mengalami gangguan kecemasan / keresahan apabila ada tanda-tanda ini:

  1. Mengalami pristiwa tragis dan tidak mampu untuk mengatasinya dengan sihat.
  2. Merasakan diri hidup dalam kegagalan dan ketakutan (sama ada dari segi sosial mahupun akademik).
  3. Merasa tidak selesa, cemas dalam suasana sosial.
  4. Menghadapi masalah untuk fokus dan rasa fikiran sentiasa kosong.
  5. Mengalami perasaan bersalah dan tertekan.
  6. Mengalami serangan panik yang jelas.

Apabila semua atau ada tanda-tanda seperti ini, sebagai rakan elakan dari mengkritik atau memandang remeh situasi atau perasaan rakan anda. Perlu mendorong mereka kearah perkara-perkara yang tidak menyebabkan kegelisahan. Paling penting, segera dapatkan khidmat nasihat dari pakar.

Bagaimana untuk tahu, jika anda sendiri mengalami gangguan?

Sekiranya anda mengesyaki anda mengalami gangguan, inilah soalan untuk ditanyakan kepada diri sendiri:

  1. Adakah anda mengalami pemikiran cemas atau risau setiap hari?
  2. Adakah anda rasa terganggu oleh perasaan takut yang pada anggapan orang lain anggap tidak berasas atau tidak rasional?
  3. Adakah anda sering mengelakan aktiviti sosial seharian kerana ia menyebabkan anda gelisah?
  4. Adakah anda mengalami serangan panik yang tiba-tiba menyebabkan jantung berdenyut laju?
  5. Adakah keadaan tersebut anda mengganggu kerja sekolah, kehidupan sosial, atau keluarga anda?

Jika anda menjawab ‘YA’ pada salah satu soalan di atas. Inilah masanya untuk anda mempertimbangkan untuk mendapatkan khidmat pakar bagi mengelak ia berterusan. Cegah sebelum parah, anda mampi mengubahnya.

Hanif Majid


BANGKIT #UNTUKMALAYSIA (Sesi Kaunseling Percuma) – Covid-19 menghimpit kita dari pelbagai arah. Buat warga pendidik, ibu bapa, siswa-siswi dan pelajar/murid yang tertekan dan terjejas akibat Covid-19, #UntukMalaysia menyediakan sesi kaunseling/sokongan percuma untuk mereka yang memerlukan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s