Tekanan dan Kemurungan: Awasi Keadaan Psikologi Anak-Anak Sepanjang Pandemik Covid-19 [1]

Setelah hampir setahun negara kita dilanda pandemik covid-19 ini, kita dapat melihat bagaimana kesihatan mental anak-anak menjadi cabaran baharu yang perlu ditangani dengan baik. Ini kerana ‘wabak’ atau ‘krisis’ kesihatan mental anak-anak ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, bahkan di seluruh dunia yang lahir dari tekanan akibat penutupan sekolah, larangan beraktiviti, kawalan pergerakan dan sebagainya.

Kajian-kajian pakar telah menunjukan lebih 60% responden menunjukkan kegelisahan dan selebihnya menghadapi kemurungan yang teruk. Ini memberi kesan kepada kanselor-kaunselor sama ada di peringkat sekolah mahupun di peringkat institusi pengajian tinggi untuk menangani masalah ini, dan isu ini semakin meningkat dengan jangka masa kawalan pergerakan (PKP) yang masih lagi berlarutan.

Gangguan mood hanyalah secebis daripada masalah sesihatan mental yang dialami oleh pelajar-pelajar di peringkat SPM, STPM dan IPT. Yang lebih membimbangkan adalah kesihatan mental yang sukar untuk dikawal seperti bunuh diri, gangguan pemakanan dan ketagihan. Sebahagian masyarakat mungkin menganggap ini hanyalah isu biasa, tetapi kesan jangka masa panjangnya akan memberi impak yang buruk kepada golongan remaja sekiranya tidak dikawal.

Pemerhatian dan pemantauan ibu bapa amat penting dan seharusnya dilakukan secara berterusan bagi mengelakan kesan yang lebih buruk berlaku ke atas anak-anak anda.

Tekanan & Kemurungan

Cuba kita perhatikan adakah anak-anak kita memiliki tanda-tanda depresi, mereka mungkin terlihat sedih dan mudah berputus ada, hilang minat untuk melakukan sebarang aktiviti yang sebelum ini menjadi minat mereka bahkan ada yang hilang minat untuk melakukan apa-apa aktiviti dan lebih suka untuk duduk bersendirian. Adakah mood mereka berubah, adakah tidur mereka terganggu, hilang selera makan atau semakin banyak makan dan luhat juga jika tiba-tiba mereka mengalami sakit-sakit di bahagian badan tanpa punca dan sebab fizikal.

Antara tanda-tanda depresi yang jelas boleh dilihat pada ciri-ciri berikut:

  1. Kesan Fizikal: Perubahan tabiat tidur dan perubahan selera makan.
  2. Kesan Emosi: Mengalami kesedihan, terharu, mudah berputus asa dan kelihatan ditak bermaya.
  3. Kesan Pemikiran: Menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian, sukar untuk membaca dan menyelesaikan tugasan yang diberikan, hilang fokus.

Sekiranya anak-anak kita mempunyai gejala-gejala ini bukanlah bermaksud mereka mengalami tekanan, tetapi sekiranya ia berlaku dengan kerap maka anda perlu mendapatkan khidmat nasihat dan membantu mereka.

Sememangnya diakui bahawa untuk mengenalpasti masalah seperti ini kadangkala merumitkan, kerana mereka yang mengalami tekanan seringkali mengambil mudah dan tidak mahu menceritakan masalah mereka kepada orang lain. Mereka seringkali berdiam diri, tidak menonjolkan diri ataupun malu untuk kehadapan. Ditambah pula bila ada rakan sebaya yang tersilap memahami keadaan satu sama lain, lalu memburukan lagi keadaan.

Kenali tanda-tanda

Untuk mengenali dan menyedari tanda-tanda kemurungan pada diri sendiri dan orang lain bukanlah sesuatu yang mudah. Setiap orang menempuhi hari-hari atau masa yang menjadikan mereka tertekan dengan kehidupan. Tetapi apabila perubahan demi perubahan dan tanda-tanda tersebut berlarutan ia seharusnya diberikan perhatian.

Apa yang harus dilakukan jika tanda-tanda tersebut ada pada diri anda atau pada rakan-rakan anda?

Tanda-tandap penting untuk diberikan perhatian:

  1. Mereka tidak lagi berminat dengan aktiviti-aktiviti yang pernah / suka lakukan sebelum ini.
  2. Tidak menghadiri kelas, tidak mahu bergaul.
  3. Mereka mengalami kemarahan atau kesedihan yang melampau dengan hubungan dalam kehidupan mereka.
  4. Mereka bertindak balas secara negatif atau tidak peduli terhadap kebanyakan perkara
  5. Mereka sering bercakap mengenai kematian atau bunuh diri.

Apa yang perlu dibuat? Berilah kepada mereka kata-kata semangat kepada mereka sebagai tanda bahawa anda adalah sumber sokongan. Elakkan berkata kepada mereka “cheer up” atau perkataan-perkataan yang seperti itu. Ini kerana ramai mereka yang mengalami kemurungan sedar tentang keadaan diri mereka. Dengan berkata demikian boleh memburukkan lagi keadaan.

Jika anda rasa mereka berisiko mengalami tekanan dan kemurungan, berikan cadangan dengan lembut supaya mereka mendapatkan khidmat rawatan. Walaupun duduk berbincangn dengan mereka itu salah satu daripada terapi dan ada manafaatnya, tetapi ia bukanlah rawatan.

Diri kita sendiri pula bagaimana? Bagaimana cara untuk mengenali tanda-tandanya pada diri kita? Tanya dan nilai diri kita:

  1. Adakah kita pernah mengalami kesedihan atau rasa berputus asa yang keterlaluan?
  2. Adakah sesiapa di kalangan keluarga kita mempunyai sejarah kemurungan?
  3. Pernahkah anda beralih kepada mengambil ubat atau bahan-bahan lain sebagai cara untuk menghilangkan tekanan?
  4. Pernahkah anda berfikir tentang kematian, membunuh diri atau melakukan serangan?

Jika salah satu daripada soalan itu jawapannya ‘YA’, sudah sampai masanya anda pertimbangkan untuk menghubungi pakar-pakar yang terlibat untuk penilaian tahap kesihatan mental anda dan menanganinya sebelum ia lebih parah.

Mereka yang mengalami tekanan dan kemurungan ini sentiasa merasa mereka keseorangan dan tidak dipedulikan. Maka apa yang perlu dilakukan adalah dengan memberitahu, menyatakan dan memastikan mereka memahami bahawa itu tidak benar dan ada yang peduli dengan keadaan mereka.

Hanif Majid


BANGKIT #UNTUKMALAYSIA (Sesi Kaunseling Percuma) – Covid-19 menghimpit kita dari pelbagai arah. Buat warga pendidik, ibu bapa, siswa-siswi dan pelajar/murid yang tertekan dan terjejas akibat Covid-19, #UntukMalaysia menyediakan sesi kaunseling/sokongan percuma untuk mereka yang memerlukan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s