Ibn Kathir Bukan Ibn Kathir

Seketika dulu saya pernah ditanya “Mengapa kita tidak menggunakan qiraat Ibn Kathir, sedangkan kita membaca & belajar tafsirnya?” Sebelum kita menjawab persoalan ini, seeloknya kita mengenali imam-imam qiraat terlebih dahulu.

Jika mazhab feqah terdapat 4 imam mazhab yang besar. Imam Qiraat terdapat 10 imam Qiraat yang besar, dan semua mereka ini merupakan imam qiraat yang mutawatir iaitu, sanad mereka sahih bersambung sehingga kepada Nabi s.a.w, riwayat mereka bertepatan dengan tulisan Rasn Uthmani dan bertepatan juga dengan Nahu Sorof (bahasa Arab).

Di sini saya senaraikan Imam-Imam Qiraat secara ringkas sebagai panduan.

Pertama: Nafi’ al-Madani (Abu Ruwaim Nafi’ bin ‘Abdirrahaman bin Abi Nu’aim Al Laitsiy, berasal dari Ashfahan, dan wafat di Madinah tahun 199H). Beliau memiliki 2 orang anak murid yang terkenal iaitu:

  1. Qolun, (‘Isa bin Mainaa bin Wardaan bin ‘Isa bin Abd al-Shamad)
  2. Warsy (Abu Sa’id, ‘Utsman bin Sa’id bin Al Mishri, beliau wafat di Mesir tahun 197H pada usia 87 tahun).

Kedua: Abu ‘Amr Al Bashri (Yuban bin Al ‘Alaa’ bin ‘Ammar bin al-Iryaan al-Mazini at-Tamimi al-Bashri. Ada yang mengatakan bahawa namanya adalah Yahya. Dia wafat di Kufah pada tahun 154H). Dua orang murid yang meriwayatkan qiraat darinya adalah:

  1. Duuri (Hafsh bin ‘Amr bin ‘Abdil ‘Aziz Ad Duuriyy al-Azdi). Ad-Duur adalah nama sebuah tempat di Baghdad. Dia wafat pada tahun 246H.
  2. Suusi (Shalih bin Ziyad bin ‘Abdillah bin Isma’il nin al-jaarud). Beliau wafat sekitar tahun 261H.

Ketiga: Ibnu ‘Amir Asy Syaami (‘Abdullah bin ‘Amir bin Yazid bin Tamim bin Rabi’ah). Beliau wafat di Dimasyq tahun 128H. 2 orang murid yang meriwayatkan qiraat darinya adalah:

  1. Hisyam, (Hisyam bin ‘Ammaar bin Nashir Al Qaadhi Ad Dimasyqi), beliau wafat pada tahun 245H).
  2. Ibnu Zakuan, (‘Abdullah bin Ahmad bin Basyir bin Zakwan bin Amr Al Qurasi Ad Dimasyqi), beliau diberi nama kunyah Abu ‘Amr. Beliau wafat di Dimasyq tahun 242H.

Keempat: ‘Asim Al Kuufi, (‘Asim bin Abi An Najuud) – dan kebanyakan kita mengambil atau membaca al-Quran melalui riwayat dari beliau melalui muridnya Hafs. Beliau wafat di Kufah tahun 127H. Dua orang yang meriwayatkan qiraat darinya adalah:

  1. Syu’bah, (Abu Bakr, Syu’bah bin iyasy bin Salim Al Kuufiy), beliau wafat di Kufah pada tahun 193H.
  2. Hafs, (Abu ‘Amr, Hafs Sulaiman bin Al-Mughirah Al-Bazzaz), dan dia adalah seorang yang Tsiqah (berkredibiliti). Ibnu Ma’in berkata: “Beliau lebih menguasai qiraat berbanding Abu Bakr (Syu’bah)”. Beliau wafat tahun 180H.

Kelima: Hamzah Al Kuufi (Hamzah bin Habib bin ‘Imarah bin Ismail al-Kufi), beliau merupakan salah seorang daripada imam qiraat as-sab’ah. Beliau wafat pada tahun 156H di Bahlawan. Dua orang yang meriwayatkan qiraat darinya adalah:

  1. Kholaf, (Abu Muhammad, Kholaf bin Hisyam bin tsa’lab al-Asadi al-Bagdadi), lahir pada tahun 150H dan wafat di Baghdad pada tahun 229H.
  2. Khollad, (Abu ‘Isa, Khollad bin Khalid asy-Syaibaani ash-Shairafi Al Kuufi), beliau wafat di sana tahun 220H.

Keenam: Kisaie Al-Kuufi, (Abul Hasan, ‘Ali bin Hamzah), beliau merupakan Imam ahli Nahwu (tata bahasa Arab) dikalangan Kufiyyun, digelar dengan gelaran Kisaie kerana dia ihram memakai Kisaa’ (kain penutup Ka’bah). Beliau wafat tahun 189H. Dua orang yang meriwayatkan qiraat darinya adalah:

  1. Abu Al Haris, (Al-Laits bin Khalid al-Marwazi al-Bagdadi). Beliau wafat pada tahun 240H.
  2. Duuri dia adalah perawi (yang meriwayatkan qiraat) dari Abu ‘Amr Al Bashri dan Kisaie Al-Kuufi.

Ketujuh: Abu Jaafar Al Madaniy, (Yazid bin al-Qa’qa’ al-Makhzuumi al-Madini), wafat pada tahun 130H. Dua orang yang meriwayatkan qiraat darinya adalah:

  1. ‘Isa bin Wardan Al Madini, beliau wafat di Madinah sekitar tahun 160 H.
  2. Ibnu Jammaz, (Sulaiman bin Muhammad bin Muslim bin Jammaz al-Zuhri al- Madaniy), wafat di sana (Madinah) tidak lama setelah tahun 170H.

Kelapan: Ya’qub Al Bashriy, (Ya’qub bin Ishaq bin Zaid bin Abdillah bin Abi Ishaq al-Hadrami al-Bashri), wafat di Bashrah pada tahun 205H pada bulan Dzulhijjah. Dua orang yang meriwayatkan qiraat darinya adalah:

  1. Ruwais, (Abu Abdillah, Muhammad bin al-Mutawakkil al-Lu’lu al-Bashri). Beliau wafat di Bashrah pada tahun 238 H.
  2. Rauh (Abul Hasan, Rauh bin ‘Abdil Mu’min al-Hadzli al-Bashri An-Nahwiy). Beliau wafat tahun 235 H

Kesembilan: Kholaf Al ‘Asyir, (Kholaf bin Hisyam al-Bazzaar al- Baghdadiy). Saya tidak pasti bila tahun wafatnya. Dua orang yang meriwayatkan qiraat darinya adalah:

  1. Ishaq, (Abu Ya’qub, Ishaq bin Ibrahim bin ’Utsman bin Abdillah al- Marwazi al-Baghdadiy). Beliau wafat pada tahun 286H.
  2. Idris, (Idris bin ‘Abdil Karim al-Haddaad al-Baghdadi). Dia wafat pada tahun 292H pada usia 93 tahun.

Kesepuluh: Ibnu Kathir, (‘Abdullah bin Katsir bin Umar bin Abdullah bin Zaadzaan bin Fairuuz bin Hurmuuz Al Makkiy). Dilahirkan pada tahun 45H, merupakan salah seorang Tabi’in, dan wafat di Makkah tahun 120H. Dua orang yang meriwayatkan qiraat darinya adalah:

  1. Bazzi, (Abul Hasan, Ahmad bin Muhammad bin ‘Abdillah bin al-Qaasim bin Naafi’ bin Abi Bazzah). Beliau wafat di Makkah tahun 250H pada usia 80 tahun.
  2. Qunbul, (Abu ‘Amr, Muhammad bin ‘Abdirrahman bin Muhammad bin Khalid bin Sa’id Al-Makhzumi). Ada yang mengatakan: “Mereka adalah Ahlul Bait di Makkah yang dikenal dengan Al-Qanabilah.”. Beliau wafat di Mekah tahun 291H pad usia 96 tahun.

Jadi berbalik kepada persoalan tajuk, benarkah Imam Ibnu Kathir Imam Qiraat ini bukan Ibnu Kathir yang yang menulis ‘Tafsir Quran Al-Azhim’?

Nama mereka mungkin sama tetapi dua individu yang berbeza. Bukan anda sahaja yang keliru, dahulu saya juga keliru. Tetapi kini tidak lagi dan anda juga jangan begitu.

Imam Ibn Kathir (Tafsir) – nama penuh beliau adalah Ismail bin Umar bin Kathir bin Dhau’ bin Kathir bin Dhau’ Ad-Dimasyqi Asy-Syafie Al-Quraisy. Beliau dilahirkan pada tahun 700 hijrah dan wafat pada tahun 774 hijrah.

Beliau berguru dengan ulama-ulama yang masyhur seperti , Adz-Zahabi, Ibn Taimiyyah, Al-Mizzi dan ramai lagi.

Antara karangan beliau yang masyhur adalah Tafsir Quran Al-Azhim (Tafsir Ibn Kathir), Al-Bidayah wa An-Nihayah, Qasas Al-Anbiya’ dan lain-lain lagi.

Manakala,

Imam Ibn Kathir (Qiraat) – nama penuhnya adalah ‘Abdullah bin Katsir bin Umar bin Abdullah bin Zaadzaan bin Fairuuz bin Hurmuuz Al Makkiy. Dilahirkan pada tahun 45 hijrah dan wafat pada tahun 120 hijrah.

Beliau merupakan seorang tabi’in yang berguru dengan sahabat-sahabat Nabi ﷺ antaranya seperti Anas bin Malik, Abdullah bin Zubair dan Abu Ayub Al-Ansari.

(sila rujuk: Ta’arif Ad-Darisin bi Manahij Al-Mufassirin, tulisan Fadhilatus Syaikh Dr. Solah Abdul Fatah Al-Khalidi dan Tarikh Qurra’ Al-‘Asyarah, tulisan Syaikh Abdul Fatah Al-Qadhi Al-Hafiz)

Samalah juga dalam ilmu hadith, kadangkala kita akan bertembung dengan nama-nama (kuniyah dan sebagainya) perawi yang sama lalu terkeliru berkenaan dengan status dan perbahasan hadith. Apa yang penting kembali kepada sumbernya dan buat rujukan dengan teliti.

Hanif Majid

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s