#UntukMalaysia

Setelah melihat dan berfikir tentang arah tuju yang hendak dibawa, saya mengambil keputusan untuk bersama-sama menyumbang kepada gerakan #UntukMalaysia yang telah diilhamkan oleh Dr Mazlee Malik, Ahli Parlimen Simpang Renggam.

Ya, kami mungkin berbeza dari segi ideologi politik. Namun agenda pendidikan yang dibawa beliau bagi saya begitu meyakinkan untuk bersama-sama menyumbang apa yang terdaya demi perjuangan pendidikan.

Sebagai seorang yang aktif dalam aktiviti pendidikan bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) , dan Badan Pemuafakatan Pendidikan MARA Malaysia (Muafakat MRSM). Saya melihat PENDIDIKAN merupakan isu yang kritikal yang adakalanya seakan terpinggir dan kurang diberikan perhatian. PENDIDIKAN bukan sekadar mengajar murid-murid pandai menulis, membaca dan mengira. Terlalu banyak isu yang perlu dikuis keluar supaya terlihat dipandangan awam.

Masalah keciciran, prasarana, kemudahan, makanan, kemiskinan dan sebagainya. Semuanya terkait dengan masalah pendidikan. Justeru itu ia perlu diberikan perhatian. Disaat sebahagian orang hanya menunggu untuk diberikan jawatan dan kedudukan, baru hendak membantu, mengapa tidak kita yang tiada apa-apa ini yang menyahut.

Saya melihat perlunya sebuah gerakan yang mengembleng tenanga dan usaha tanpa mengira latar belakang politik kepartian kerana pendidikan merupakan perkara asas yang harus diperjuangkan untuk anak-anak kita sekarang dan generasi yang akan datang.

Jangan tunggu ada jawatan baru hendak berjuang. Jangan tunggu ada kedudukan baru hendak membantu. Kata-kata ini semua hanyalah gula-gula minda bagi orang yang tidak ikhlas dalam perjuangannya. Mereka yang ikhlas moto mereka hanya satu, “Lillahi Ta’ala” – ada jawatan atau tidak, ada kedudukan atau tidak, ada pangkat atau tidak, semua itu bukan alasan untuk tidak membantu.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat

Ini nilai masyarakat kita, masyarakat Malaysia yang sangat prihatin dan sentiasa ringan tulang untuk membantu saudara mereka yang ditimpa kesusahan. Ibarat cubit peha kiri peha kanan juga terasa. Inilah nilai kita sebagai rakyat Malaysia.

Ini agenda politik?? Ya!.. Memang yang mengilhamkan idea ini Dr Mazlee Malik, beliau orang politik, Ahli Parlimen bebas, Bekas Menteri Pendidikan, dan sekarang dibarisan pembangkang, mengapa perlu disokong? Seperti yang saya tulis di atas tadi, agenda pendidikan lebih luas dari ideologi politik. Saya mengenali beliau sebelum beliau menjadi ‘Yang Berhormat’, maka saya percaya agenda ini ada nilainya. Tutup sekejap jendela ke’politik’an yang memualkan itu…

Jika beliau mendapat ‘political milage’, itu kerana usaha beliau, sesiapa juga yang bersama dengan agenda ini akan medapat ‘milage’ mereka sendiri. Persetankan dengan politik sempit, ini masa depan anak cucu kita. Bangkitlah! jangan terlena dengan sembang kedai kopi anda, anak-anak tak pandai dengan anda masih menghirup kopi suam, berdegar sembang kecucur atap!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s