Covid-19 Satu Penipuan – Madinah Tidak Boleh Dimasuki Wabak!

Apabila saya melihat komen tersebut di artikel tentang haji yang saya letakan di page facebook saya. Hanya satu perkara timbul di fikiran, sama ada beliau kurang membaca atau input yang salah telah dimasukan dalam mindanya secara tidak bertanggungjawab.

Isu ini sebenarnya telah ramai sahabat lain yang sudah mengeluarkan komentar mereka. Tetapi hakikatnya masih lagi ada orang yang pening hendak memahami hadits ini, tetapi masih juga menyampaikannya pada orang lain dengan penuh ‘confident’ bahawa ‘pemahaman dia paling betul’.

Ini adalah natijah daripada sikap seseorang itu sendiri. Sedang Allah SWT telah memberikan kita semua pilihan, mengapa kita masih lagi menyibukan diri dengan hal-hal yang tidak memberikan manafaat.

Ya, kiamat akan datang. Ia pasti datang, itu janji Allah dan Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya. Bagaimana dan apa yang akan terjadi itu jatuh di kedudukan yang tidak popular dalam carta. Sebaliknya yang mengungguli carta adalah ‘Persoalannya’, apa yang kita persiapkan diri untuk menghadapainya?

Inilah jawapan saya bagi kenyataan beliau… semoga bermanafaat.

Nabi ﷺ menyebut:

على أنقاب المدينة ملائكة لا يدخلها الطّاعون، ولا الدّجّال.

“Di lembah-lembah Madinah ada para malaikat, tidak akan masuk ke dalamnya baik wabak taun dan juga Dajjal” (riwayat al-Bukhari)

Ada 2 Point ‘Penting’ yang boleh saya nak sebutkan:

PERTAMA: Nabi s.a.w menyebut ‘taun (لطَّاعُونُ) secara spesifik.

Perlu tahu membezakan perkataan wabak dengan nama penyakit. Wabak merujuk kepada “penyebaran ‘penyakit’ secara tiba-tiba dalam sesuatu kawasan”.

Wabak ini umum, apa sahaja penyakit yang menular @ merebak adalah wabak, tidak spesifik pada penyakit tertentu sahaja untuk dipanggil wabak.

Tetapi penyakit Taun lebih spesifik. Sebab tu bila Taun merebak ia juga disebut sebagai – ‘wabak taun’.

KEDUA: Persoalan: sebahagian ayat menggunakan istilah لطَّاعُونُ merujuk kepada wabak secara, macam mana nak faham?

Untuk hadits ini nak faham SILA rujuk apa kata ulama hadits, apa perbahasan mereka dalam memahami makna sesuatu hadits. Orang yang mengaku dirinya ustaz sunnah mesti ikut kaedah ini, bukan jenis faham semberono kemudian terus sebarkan. Kemudian katakan:

  • “Wabak tidak boleh masuk ke Mekah dan Madinah.. Ini semua adalah konspirasi dajjal untuk merosakan umat islam!”
  • “Dajjal kini telah menguasai WHO”,
  • “Siapa yang ikut WHO mereka telah mengikut telunjuk Dajjal!”.

Apa kata Ibnu Hajar al-Asqalani? Kata beliau dalam kitab Fathul Bari:

“Maksud ‘tidak masuk ke Madinah’ itu (merujuk kepada) wabak taun (secara khusus) seperti yang terjadi di tempat lain seperti taun Anwar dan taun al-Jarif.”

Jadi Mekah dan Madinah (khususnya) mengikut hadits yang dimaksudkan, secara spesifiknya tidak akan dimasuki wabak TAUN dan DAJJAL… bukanlah wabak-wabak lain secara keseluruhan.

Jadi kesimpulannya, Covid-19 bukanlah kategori TAUN. dan ia penyakit yang memang boleh MENYEBABKAN kematian bagi orang-orang yang memiliki imuniti badan yang lemah, penyakit-penyakit kronik sedia ada.

Orang yang berpenyakit kronik sedia ada ni, macam api dalam tunggul padi, tak nampak tapi sekali angin datang bertiup, habis merebak. Kalau tak dikawal boleh terbakar satu kampung.

Hanif Majid

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s