‘Takpa’ Kita Buat Balik Semula!

Hidup sentiasa perlu ‘refresh’ supaya tidak kaku. Ibarat mata gergaji, apabila sudah terlalu lama digunakan tanpa henti, mata gergaji akan tumpul. Maka kerja-kerja memotong menebang akan menjadi perlahan dan lama kelamaan tukang gerjaji akan menjadi letih, mula bosan dan tidak lagi bersemangat hendak berkerja.

Begitu juga dengan manusia, akal dan jiwanya ibarat mata gergaji. perlu sentiasa diasah supaya sentiasa tajam dan tidak berkarat. Kerja mudah dijalankan, urusan menjadi licin dan teratur.

Akal yang sihat dan tajam dapat melahirkan buah fikiran yang bernas, mudah menghadam ilmu dengan baik, rasional dan tidak jumud.

Insan yang memiliki akal yang sihat tidak mudah terpedaya dengan perkara-perkara mengarut. Mudah untuk menilai sesuatu input yang datang itu fakta atau auta, tidak mudah terpedaya dengan penampilan luaran manusia yang penuh dengan niat dan hasad.

Jiwa yang sentiasa diasah dengan mentauhidkan Allah dan akhlak yang baik pula akan menjadi cermin manusia dalam kehidupan. Kental… Tidak mudah berputus ada dari rahmat Allah. Lembut… Ketika bersama keluarga, sahabat dan teman-teman, mengasihi mereka, menasihati mereka dan meraikan mereka sesuai dengan sunnah-sunnah baginda Nabi ﷺ. Keras dan kukuh apabila berhadapan dengan musuh yang cuba mengajaknya pergi jauh dari Allah.

Itulah jiwa dan akal yang tajam yang sentiasa diasah apabila telah mulai tumpul dan goyah.

Ada lebih kurang 100+ artikel dan nota, sebahagiaannya telah diterbitkan di blog dan sebahagiannya pula ditulis di facebook. Qadarullah, blog yang lama terpaksa ditutup atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Alhamdulillah ‘ala kulli hal, sekurang-kurangnya ‘hard copy’ dan ‘soft copy’ nya masih ada, cuma perlu di taip semula untuk dimuatkan dalam blog ini. Dan Alhamdulillah kerana Allah memberi peluang untuk membaca kembali tulisan-tulisan yang terkumpul. Barangkali hikmahnya supaya dinilai kembali semua tulisan ini dan membuat penambahbaikan supaya apa yang disiarkan nanti itu sesuai dan menepati kehendak Allah dan Rasul-Nya.

Insyaa Allah blog baharu, semangat baharu dan fokus baharu pada era pendemik yang tidak bersempadan ini. Semoga Allah berikan kekuatan untuk memuat naik artikel-artikel yang bermanafaat.

Nanti kita cerita tentang projek buku pula, terbengkalai sejak 2010. Manuskrip dah banyak tetapi seakan kurang yakin untuk dijadikan penerbitan.

Tepi Sungai Anak Bukit
Sebelum National PKPB 2.0

8.11.2020

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s