Ilmu Memuliakan Manusia.

Dalam sebuah kisah yang masyhur, satu ketika dimana Atha’ bin Sa’id A’ Kufi telah bertemu dengan Khalifah  Hisyam bin Abdul Malik (Khalifah Bani Umayyah). Khalifah bertanya kepada Atha’;

“Wahai Atha’, adakah engkau tahu tentang para ulama di seluruh negeri?”. “Saya tahu, wahai Amirul Mukminin.” jawab Atha’. “Siapa pula faqih penduduk Madinah?” tanya Hisyam, “Nafi’, hamba kepada Ibnu Umar.” jawab Atha’.

“Siapa pula faqih penduduk Makkah? Hisyam kemudian bertanya, “Atha’ bin Rabah,” Jawab Atha’. “Dia hamba atau orang Arab?” tanya Hisyam lagi, “Dia hamba.” Atha’ menjawab.

“Siapa pula faqih penduduk Yaman?” Hisyam terus bertanya. “Thowus bin Kaisan,” Atha’ menjawab, Kemudian Hisyam bertanya lagi,”Dia hamba atau orang Arab?”,”Dia hamba.” jawab Atha’ kepada Hisyam.

Lantas Hisyam bertanya “Siapa faqih penduduk Syam?”, “Makhul,” jawab Atha’. Hisyam terus bertanya lagi, “Dia hamba atau orang Arab?”, “Dia hamba,” jawab Atha’ kepada Hisyam bin Abdul Malik.

Hisyam bertanya semula, ”Siapa faqih penduduk Jazirah?” Atha’ menjawab, ”Maimun bin Mihran.” Hisyam pun bertanya, “Dia hamba atau orang Arab?”, “Dia hamba,” jawab Atha’ kepada hisyam.

Hisyam kemudian bertanya,”Siapa pula faqih penduduk Khurasan?” 

Atha’ menjawab, “Dhahak bin Muzahim.” Hisyam bertanya, “Dia hamba atau orang Arab?” Atha’ menjawab, “Dia hamba.”

Hisyam terus bertanya, “Siapa faqih penduduk Basrah?” Atha’ pun menjawab, “Hasan Al-Basri dan Ibnu Sirin.” Lantas Hisyam bertanya, “Kedua-dua mereka hamba atau dari bangsa Arab?” Atha’ pun menjawab, “Kedua-duanya hamba”

Hisyam bertanya semula, “Kemudia siapa faqih dari penduduk kufah?” Atha’ menjawab, “Ibrahim An-Nakha’i.” lantas Hisyam bertanya, “Dia hamba atau dari bangsa Arab?” 

Atha’ kemudian menjawab, “Dia bangsa Arab.”

Berkata Hisyam bin Abdul Malik, “Hampir-hampir nyawaku terlepas!”

(Sedutan dari At-Thabaqat As-Saniyah, ms. 43)

Hanif Majid

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s