Perlumbaan Paling Menguntungkan

Hari ini kita dapat melihat bagaimana manusia sentiasa berlumba-lumba dalam kehidupan mereka. Manusia berlumba-lumba untuk mencari kekayaan bagi menampung kehendak yang tidak pernah bertepian. Wanita berlumba-lumba untuk mempertonjolkan kecantikan diri, para lelaki berlumba-lumba untuk menarik perhatian wanita agar jatuh cinta kepada mereka dengan pelbagai cara.

Anak-anak berlumba-lumba untuk mendapat perhatian dari ibu dan bapa. Ibu bapa pula berlumba-lumba menyuapkan pendidikan terbaik untuk anak-anak mereka dan begitulah seterusnya dan seterusnya. Manusia sentiasa berlumba-lumba.

Dalam perlumbaan ini ada yang berjaya tetapi ramai juga yang kecundang. Mengapa? Kerana sebahagian mereka telah terlupa tujuan hidup yang sebenar, mereka terlupa kepada Yang Memberikan Rezeki, Yang Maha Memiliki, Yang Maha Menguasai. Lalu mereka hanyut dalam lautan angan-angan mereka sendiri.

Tetapi berlainan dengan orang-orang yang soleh, yang di dalam jiwa mereka kukuh tersemat tujuan hidup dengan perasaan gerun dan takut kepada Allah SWT. Mereka juga berlumba-lumba tetapi caranya berbeza.

Para Nabi dan orang soleh sentiasa berdoa.

Firman Allah سبحانه وتعالىٰ :

إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ 

“… sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan,

وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا

dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut;

وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ 

dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.”

(surah al-Anbiya’: 90)

Itulah perlumbaan bagi mereka. Mereka bergantung hidup semata-mata dengan Allah, kepada-Nya mereka memohon dicukupkan segala keperluan. Mereka takut untuk meminta kepada selain Allah. Mereka takut untuk mensyirikkan Allah apatah lagi mengadakan sekutu bagi-Nya.

Islam tidak menghalang umatnya menjadi kaya, tidak menghalang umatnya menjadi bahagia dan tidak juga menghalang umatnya mengumpulkan harta. Kerana itu adanya kewajipan berzakat. Mana mungkin diwajibkan zakat jika umatnya sendiri hidup melarat.

Tetapi sebagai muslim, kita dituntut untuk berserah diri dan meletakan pengharapan itu hanya kepada Allah, bukannya kepada makhluk. Dituntut juga untuk melakukan kebaikan dan tidak melengah-lengahkan. Kerana disebalik setiap tuntutan itu ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya.

Berlumba-lumbalah, berusahalah tetapi jangan lupa untuk berdoa dan memohon kepada Allah Azza wa Jalla dengan penuh pengharapan, dengan bersungguh-sungguh mengharapkan perkenan Allah atas permintaan kita.

Sentiasa takut dan merasa cemas dengan azab siksa Allah, menginsafi kekurangan dan kelemahan diri. Mohonlah keampunan dan rahmat dari Allah.

Hanif Majid

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s